16 Julai 14 - GAZA CITY - Hanya beberapa jam selepas mempersetujui gencatan
senjata, Israel sekali lagi mencabul perjanjian itu apabila melancarkan dua
serangan udara ke Genting Gaza hari ini. Perkara itu turut disahkan oleh jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel
Peter Lerner. "Tentera Israel melancarkan bedilan ke Gaza pada pukul 3 petang ini (waktu
tempatan)," katanya. Terdahulu, pergerakan Hamas dan sayap bersenjatanya, Briged al-Qassam menolak
cadangan gencatan senjata yang dicadangkan Mesir selepas sangsi dengan keputusan
Israel melaksanakan rancangan tersebut, ketika angka korban akibat konflik itu
meningkat kepada 192 orang. Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, pihaknya sangsi dengan janji Mesir
dan Israel untuk mengurangkan sekatan di sempadan memandangkan perkara itu
merupakan sebahagian daripada perjanjian damai bagi menamatkan pertempuran pada
2012, yang tidak pernah dilaksanakan. "Kami bukan sahaja mahu supaya serangan ini ditamatkan, tetapi juga
ketidakadilan yang telah kami lalui sejak berpuluh-puluh tahun lalu. "Isu ini bukan hanya tentang gencatan senjata. Perkara paling penting adalah
bagaimana kestabilan serta hak rakyat Palestin dapat dikembalikan agar kami
dapat hidup dalam keadaan normal," katanya. Briged al-Qassam dalam laman webnya juga menyatakan, pihaknya akan meneruskan
perjuangan mempertahankan penduduk Palestin sehingga objektif mereka
tercapai. Dalam reaksinya kepada perkara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin
Netanyahu berikrar akan memperluaskan kempen ketenteraan terhadap Gaza jika
Hamas terus menolak gencatan senjata. "Sekiranya Hamas tidak menerima usul gencatan senjata, Israel dengan bidang
kuasa yang ada tidak teragak-agak memperluaskan aktiviti ketenteraan di Gaza
bagi mencapai matlamat kami," katanya. Israel memulakan gencatan senjata sebelah pihak pada pukul 9 pagi ini waktu
tempatan (2 petang waktu Malaysia). Beberapa jam sebelum gencatan senjata dilaksanakan, sebanyak enam rakyat
Palestin maut sebelum rejim Yahudi itu menerima cadangan gencatan senjata. -
Reuters/AFP.
Macam Macam Terjadi..Macam Macam Berlaku..Macam Macam Diperlakukan..Dunia Hari Ini Semakin Havoc..
Total Pageviews
Tuesday, July 15, 2014
Suami Isteri Maut Nahas
15 Julai 14 - RAUB - Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki mereka
bertembung dengan sebuah van di Kilometer 332 Jalan Kuala Lumpur - Kota Bharu
berhampiran Kampung Rokam, Sega, Dong di sini hari ini. Ketua Polis Daerah, Supritendan Wan Mohd. Samsudin Wan Osman berkata,
kejadian kira-kira pukul 1.15 petang itu berlaku ketika mangsa, Muen Mokhtar,
76, dan isterinya, Esah Mat Nila, 72, dalam perjalanan ke arah Kuala Lipis. "Sebaik tiba di sebuah selekoh, kereta dipandu mangsa telah bertembung dengan
sebuah van membawa muatan kelapa dari arah Raub. "Pelanggaran terbabit menyebabkan van yang datang dari arah bertentangan itu
terbabas dan terbalik ke kiri jalan serta terbakar," katanya. Sementara itu, Wan Mohd. Samsudin berkata, kedua-dua mangsa yang tersepit di
dalam kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu van mengalami
kecederaan parah. Tambahnya, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat
manakala pemandu van mendapat rawatan di hospital yang sama. Dalam pada itu, beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta
Pengangkutan Jalan 198 dan siasatan masih giat dilakukan. "Kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya
tampil ke Balai Polis Trafik atau berhubung dengan pegawai penyiasat bagi
membantu siasatan," ujarnya. - Utusan Malaysia -
Israel Guna Senjata Bahaya
16 Julai 14 - OSLO - NORWAY. Seorang doktor di Norway mendakwa rejim Zionis menggunakan bom
yang boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan penduduk
Palestin.
Ketua jabatan perubatan sebuah hospital universiti di Oslo, Dr
Erik Fossse memaklumkan Dense Inert Metal Explosive (Dime) tersebut adalah bahan
letupan yang hanya boleh menyebabkan kemusnahan kecil dalam peperangan.
Bagaimanapun, pakar berpendapat serpihan kecil letupan Dime mampu memberi kesan
biologi sangat besar terhadap manusia. “Sebahagian penduduk Gaza
mengalami kesan kecederaan akibat daripada penggunaan senjata baharu. Para
doktor yang ada pengalaman merawat mangsa di zon perang sendiri tidak pernah
melihat kes sebegini,” katanya. Menurutnya lagi, rejim Zionis turut
menggunakan senjata seperti depleted uranium (DU) dan peluru meriam mengandungi
fosforus putih, laporan dipetik dari Press TV. - Sinar Harian -
Pekerja Salun Dibelasah
15 Julai 14 - Kuala Terengganu: Seorang pekerja salun rambut bukan saja menanggung
kesakitan apabila dibelasah tanpa sebab, tetapi turut menanggung malu apabila
aksinya dipukul dirakam dalam kejadian berhampiran sebuah salun rambut di Jalan
Sultan Sulaiman, di sini, Khamis lalu. Menurut sumber, kejadian dipercayai
berlaku jam 12.30 tengah hari ketika remaja perempuan berusia 17 tahun berada di
tempat kerjanya sebelum didatangi seorang perempuan yang memanggilnya supaya
mengikutinya ke sebuah lorong kecil berhampiran kedai mangsa. Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa akur dengan arahan
wanita terbabit dan sebaik sampai di lokasi yang dimaksudnya, wanita terbabit
menuduh mangsa menfitnahnya. Terkejut dengan tuduhan itu, mangsa menafikan dakwaan itu dan tindakan itu
menyebabkan suspek naik angin sebelum memukul mangsa menggunakan topi
keledar. Belum sempat mangsa berbuat apa-apa, seorang lagi rakan suspek muncul sebelum
tiba-tiba menyepak dan memukul mangsa beberapa kali,” katanya. Sumber berkata, selain dibelasah, mangsa mendakwa seorang lagi rakan suspek
turut merakam aksi dia dibelasah tanpa menghiraukan rayuan mangsa yang minta
dilepaskan. Katanya, selepas puas membelasah mangsa, semua suspek beredar meninggalkan
mangsa yang sedang kesakitan. Sebelum beredar, suspek turut mengugut akan memukul mangsa lagi sambil
mengingatkan perkara itu belum selesai lagi menyebabkan mangsa ketakutan,”
katanya. Susulan kejadian itu, mangsa yang bimbang keselamatannya membuat laporan di
Balai Polis Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut. Difahamkan, lima suspek berusia 18 hingga 30-an yang dipercayai terbabit
dalam kejadian itu ditahan polis beberapa jam selepas laporan dibuat bagi
membantu siasatan. - Malaysian Insider -
Gadis Bertudung Mengamuk Kereta Baru Dilanggar
16 Julai 14 - Kuantan - Gara-gara keretanya dilanggar dari belakang, seorang wanita
mengamuk, hilang pertimbangan dan aksi amukannya itu sempat dirakamkan pengguna
jalan raya lain yang berada di tempat kejadian. Video berdurasi lebih dua minit itu menunjukkan seorang wanita berbaju hitam
dan bertudung memukul kereta pemandu yang melanggarnya berulang kali dengan
pengunci stereng dan meminta bayaran ganti rugi. "Bayar saya sekarang. Saya ambil kunci kereta kamu. Ini kereta baru, bodoh!
Apa yang awak dah buat kepada kereta saya? Tengok!" katanya dan kemalangan itu
menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk pada waktu itu. Bagaimanapun, lelaki yang agak berusia yang melanggar keretanya itu tenang
menghadapi wanita itu. "Saya bukan sengaja. Jangan buat macam tu kepada saya," katanya yang
dipercayai seorang lelaki Cina. Walaupun kemalangan itu hanya pelanggaran kecil, wanita itu meminta bayaran
ganti rugi yang tidak masuk akal kepada lelaki itu. "Bayar saya sekarang RM2,000. Tengok plat kereta saya. Kereta baru lagi!"
kata wanita yang memandu kereta Peugeot berwarna putih. Bagaimanapun, lelaki itu enggan membayar dan terpinga-pinga setelah kunci
keretanya diambil.
"Saya akan bayar awak," katanya yang memandu Proton Wira model lama. Antara komen pengguna YouTube menyelar wanita itu adalah Muhd Zakwan:
"Perempuan ni period ke sampai macam tak ada otak langsung." Ken Lawliet pula berkata:"Hei makcik. Awak tu Muslim. Tak patut bertindak
macam tu. Guna pengunci kereta? Memalukan dan bodoh." Haaziq Khalid berkata:"Satu Malaysia benci kau. Kau patut hibernate dalam
gua!"– Malaysian Insider.
Warga Emas Ditikam Dan Ditetak
6 Julai 14 - KOTA BHARU - Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai ditikam dan
ditetak dalam satu pergaduhan di rumahnya di Kampung Jerek Luar, Bertam, Gua
Musang. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, mangsa Isa
Hamad, 64, dijumpai dalam keadaan terbaring dengan beberapa kesan tikaman di
badan serta tetakan di bahagian kepala pada pukul 8 pagi
semalam."Mangsa ditemui oleh menantunya selepas mendapat maklumat
daripada jiran berhubung kejadian itu. Mangsa yang dihantar ke Hospital Gua
Musang, meninggal dunia jam 7.15 malam tadi," katanya kepada pemberita di sini,
hari ini. Mazlan berkata, polis telah menahan seorang lelaki berumur
36 tahun untuk membantu siasatan. "Suspek telah direman selama
seminggu bermula hari ini dan kita masih meneruskan siasatan berhubung kes itu.
Kita percaya berlakunya pergaduhan," katanya. Beliau berkata, kes
disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sementara itu isteri
mangsa, Che Eshah Hamid, 58, ketika ditemui di rumahnya di Gua Musang itu
berkata, ketika kejadian beliau baru tiba di rumah anaknya yang terletak tidak
jauh dari situ. Dia kemudiannya bergegas pulang sebaik menerima berita
berhubung kejadian itu. Katanya, sebaik tiba di rumah, dia mendapati
suaminya dalam keadaan berlumuran darah. - Bernama
Disamun Ketika Siram Pokok Bunga
10 Julai 14 - BUKIT MERTAJAM - Seorang warga emas disamun dua utas rantai emas ketika
menyiram pokok bunga di laman rumahnya di Permatang Kebun Sireh di sini Khamis
lepas. Kejadian berlaku kira-kira jam 8.50 pagi apabila Salmah Saab,
72, didatangani enam lelaki yang menaiki tiga buah motosikal."Pada
mulanya mak cik ingat mereka kawan-kawan anak mak cik dan mak cik biarkan sahaja
mereka sebelum dua daripada mereka memeluk dan menekup muka mak cik sehingga
menyebabkan mak cik sukar bernafas. "Seorang daripadanya menarik dua
rantai emas yang mak cik pakai sebelum melarikan diri," katanya kepada pemberita
semasa menerima kunjungan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC
Mazlan Kesah di rumahnya hari ini. Beliau berkata ketika kejadian
beberapa anggota keluarganya berada di dalam rumah tetapi mereka tidak menyedari
kejadian itu kerana pintu rumah tertutup. "Mak cik rugi RM13,000 dan
leher mak cik luka," kata Salmah. Mazlan sebelum itu turut melawat N.
Letchemy, 70, yang juga disamun dua lelaki dan seorang wanita yang menyamar
sebagai pegawai banci di rumahnya di Permatang Batu, Bukit Tengah di sini Selasa
lepas. Dalam kejadian jam 3 petang itu, mereka melarikan wang tunai
RM10,000, beberapa utas rantai dan cincin emas miliknya. "Bila mereka
masuk rumah saya, seorang daripadanya suruh saya duduk diam manakala dua lagi
geledah rumah saya dan jumpa duit serta barang kemas saya," katanya. Mazlan berkata usaha mengesan mereka yang terlibat dalam dua kejadian
itu giat dijalankan dan menasihati suri rumah terutama warga emas agar tidak
melayan mana-mana pihak yang tidak dikenali. - Bernama.
Tujuh Beranak Disamun Ketika Sahur
12 Julai 14 - ROMPIN - Tujuh beranak disamun tiga lelaki dipercayai warga asing
bersenjatakan parang dan kayu di rumah mereka di Penempatan Rompin Utama Tebu
Hitam di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian pukul 2 pagi
itu, mangsa berumur 46 tahun yang bekerjasebagai pemandu van ladang tembikai dan
isteri, ibu mentua serta empat anaknya yang sedang tidur di bilik berasingan
dikejutkan suspek sebelum dikumpulkan dalam satu bilik di tingkat bawah rumah
dan diikat dengan dawai. "Selepas menggeledah rumah mangsa,
suspek kemudian melarikan beberapa barang milik mangsa," kata Ketua Polis Daerah
Rompin DSP Johari Jahaya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek melarikan diri dengan
menaiki kereta Perodua Kembara dan dua buah motosikal. Kata
Johari, mangsa kehilangan sebuah Samsung tab, tiga buah telefon bimbit jenama
Nokia, sebuah laptop jenama Asus, tiga utas jam tangan, kamera digital, al-Quran
digital, buku bank, barang kemas, dua pisau pemotong daging dan wang tunai
RM1,700 dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM7,200. Katanya
suspek dipercayai masuk ke rumah mangsa dengan mengumpil pintu belakang. -
Bernama
Dua Lelaki Samun Butik
16 Julai 14 - SHAH ALAM – “Mana duit? Jangan jerit, nanti aku bunuh!” Amaran dua
penjenayah sambil mengacukan parang benar-benar menakutkan dua pekerja sebuah
butik di Seksyen 7 di sini sehingga mereka tidak mampu berbuat
apa-apa. Pemilik butik yang dikenali sebagai Amira, 30, berkata, kejadian
Selasa lalu menyebabkan dia kerugian RM80,000. Amira berkata, dua lelaki
yang menaiki motosikal itu berlegar-legar di luar butik berkenaan jam 11.36
pagi, sebelum memecah masuk butik itu. “Dua lelaki yang berusia dalam
lingkungan 20-an itu merentap pintu yang berkunci, sebelum masuk ke dalam butik
dan mengeluarkan parang yang disembunyikan dalam beg,”
katanya. Menurutnya, suspek mengacukan parang ke arah leher pekerjanya
sambil mengarahkannya menyerahkan barang kemas dan wang tunai. “Lelaki
itu membawa lari dua komputer riba, telefon bimbit, barang kemas dan wang tunai.
Kerugian dianggarkan RM8,000,” katanya. Amira berkata, dia bersyukur
kedua-dua pekerjanya yang berusia 24 dan 27 tahun itu selamat. “Mereka
segera menghubungi saya bagi memaklumkan kejadian itu. Mereka kemudian membuat
laporan di Balai Polis Seksyen 9, di sini,” katanya. Menurutnya, polis
mengambil kesan cap jari dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di butik itu,
bagi membantu siasatan. “Saya turut memuat naik rakaman CCTV itu dalam
laman sosial Facebook supaya orang ramai dapat membantu siasatan,”
katanya. Rakaman berdurasi selama 3.22 minit itu menunjukkan kedua-dua
lelaki itu mengarahkan dua pekerja berkenaan masuk ke dalam sebuah bilik,
sebelum penjenayah terbabit mengambil barangan peribadi milik
mangsa. Jurucakap polis berkata, pihaknya juga merakamkan keterangan
mangsa bagi membantu siasatan. Orang ramai yang mengetahui maklumat
berhubung kejadian itu boleh tampil ke balai polis berhampiran.- Sinar Harian -.
Hamas Rayu Roboh Kepungan Israel
20 Ogos 13 - GAZA - Pergerakan Hamas merayu kepada seluruh rakyat bebas di dunia untuk
menggunakan segala usaha yang mungkin dapat merobohkan kepungan di Semenanjung
Gaza terutama sekali selepas penutupan lintasan Rafah dan kemusnahan kebanyakan
terowong. Jurucakap Hamas, Dr Sami Abu Zuhri dalam satu kenyataan
berkata, pihaknya akan menganjurkan konvoi laut terbesar ke Gaza bagi memecahkan
kepungan yang dilakukan tentera Israel. Sejak 2006, Semenanjung Gaza
dikepung rejim Zionis tetapi keadaan semakin tegang apabila tentera Mesir
bertindak memusnahkan terowong Rafah sekali gus menyekat kemasukan barangan
keperluan rakyat Palestin ke wilayah pantai pada 30 Jun lalu. Dalam
perkembangan lain, pergerakan Hamas mendakwa kepungan di wilayah Palestin
merupakan kubur kemanusiaan terbesar di dunia. "Rejim Israel bertindak
sedemikian bagi menjatuhkan ekonomi Palestin dan keadaan lebih teruk apabila
penduduk berada dalam tekanan sekali gus membolehkan mereka mendapat persetujuan
rundingan memihak kepada Yahudi," katanya. - PIC.
Zionis Makin Kejam
13 Julai 14 - GAZA - Awal pagi semalam, dua masjid di Jebaliya dan Deir el Balah musnah
terkena bedilan roket Zionis, dalam serangan digelar Operasi Perlindungan
Sempadan yang memasuki hari kelima. Perbuatan itu dianggap makin kurang
ajar dan kejam. Tidak terhenti di situ, semalam sahaja, Zionis meragut 16 lagi
nyawa termasuk sembilan kanak-kanak di Deir el Balah dan di Beit
Lahiya. Mungkinkah Zionis menggandakan serangan udara sebagai test market
sebelum serangan darat dan laut dilancarkan, bagi melihat reaksi negara
dunia. Jurucakap Hamas di Qatar Husam Badran berkata, ini adalah kali
pertama Zionis menyasarkan masjid dalam serangan mereka sejak bermusuhan lebih
berabad. “Pengeboman dua buah masjid di Gaza semalaman menunjukkan
bagaimana kejamnya Zionis terhadap umat Islam. Serangan ini dapat membuka mata
negara Islam antarabangsa supaya tampil membantu menghentikan serangan dan
kekejaman ini,” katanya. Semalam, media tempatan melaporkan, tentera
Israel ada menyiarkan beberapa gambar masjid untuk dibedil menerusi laman media
sosial. Mereka mendakwa kumpulan pejuang Hamas biasanya akan menggunakan
masjid sebagai tempat bersembunyi dan menyembunyikan senjata melalui terowong
bawah tanah. Sementara itu, jurucakap tentera Israel Leftenan Kolonel
Peter Lerner mendakwa, pejuang Hamas biasanya akan meletakkan penduduk Palestin
di hadapan masjid bagi mengelakkan dibedil. “Taktik ini sudah dapat
dibaca. Kini, apa juga cara sekali pun kami akan pastikan Gaza musnah
seluruhnya. kami hanya menanti arahan pihak atasan untuk melakukan gempuran,”
katanya.
Difahamkan sehingga semalam, Hamas sudah melepaskan 700 roket ke
Israel dengan 130 daripadanya dapat dipintas oleh Iron Dome milik
Israel. Israel mula meningkatkan tumpuan sasaran di 1,100 kawasan dalam
Gaza setiap minit sepanjang tempoh 24 jam sejak lima hari lalu. Serangan
makin sengit itu tidak menunjukkan tanda untuk ia dihentikan dan jauh sekali
untuk mengisytiharkan gencatan senjata. - Sinar Harian - .
Zionis Kemaruk Darah Palestin
11 Julai 14 - GAZA - Hari ini adalah hari keempat Zionis melancarkan serangan di wilayah
Gaza. Serangan kotor mencemarkan kesucian Ramadan itu begitu dirasai penduduk
dunia terutama Malaysia. ‘Laknatullah Zionis!’ dan ‘Berdoa untuk Gaza’
antara bait kata paling banyak digunakan di laman media sosial untuk melahirkan
kebencian dan kesedihan terhadap apa yang berlaku di bumi Palestin
kini.
Angka korban terus meningkat
Serangan
udara Israel di selatan dan tengah Genting Gaza meragut 20 lagi nyawa semalam
termasuk tujuh wanita dan kanak-kanak menjadikan angka korban sejak tiga hari
lalu melonjak kepada 72 orang dan lebih 500 orang lagi cedera
parah. Jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra memaklumkan,
dalam serangan pertama awal pagi semalam berlaku di sebuah kedai kopi di bandar
Khan Yunis menyebabkan enam lelaki terbunuh dan sekurang-kurangnya 15 yang lain
cedera. “Selang enam minit kemudian Zionis sekali lagi melancarkan
serangan ke atas kem pelarian Nusseirat di tengah Gaza diikuti tiga minit
kemudian serangan menyasarkan dua rumah di Khan Yunis hingga mengorbankan tujuh
orang dengan tiga wanita dan empat kanak-kanak,” katanya. Difahamkan,
puluhan siren serangan roket kedengaran dan dilihat menghujani wilayah Palestin
yang dikepung awal pagi semalam dalam operasi digelar Operasi Perlindungan
Sempadan Israel. Operasi itu adalah kempen ketenteraan terbesar terhadap
Gaza sejak 2012. Media tempatan melaporkan, pihak berkuasa Israel sebagai
berkata, lebih daripada 200 roket ditembak ke Israel dari Gaza sejak Isnin lalu
dengan beberapa serangan terbabit mencapai ke Tel Aviv. Serangan itu
bagaimanapun dibalas dengan 550 bedilan roket dan serangan jet Israel dan
memusnahkan sebahagian Bandar Gaza, Beit Hanoun dan Khan Younis. Menerusi
paparan stesen televisyen antarabangsa, kelihatan puluhan kereta perisai Israel
terus membuat rondaan di sempadan Gaza, selepas Kabinet menggerakkan 40,000
pasukan simpanan tentera mereka untuk melancarkan serangan darat. Namun,
sehingga jam 8 malam waktu Malaysia, kesemua askar terbabit masih belum
melakukan serangan darat dan dipercayai hanya menanti arahan dari pihak
atasan. Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu
berterusan mengugut dan melakukan provokasi dengan menyatakan serangan akan
dilakukan pada bila-bila masa. “Serangan ini tidak perlu diwar-warkan,
jika semua pihak sudah mengetahui waktu serangan maka ia bukan lagi disebut
serangan. Saya hanya menanti masa sesuai untuk mengarahkan 40,000 askar
bertindak,” katanya dengan angkuh ketika ditemu bual media
tempatan.
Serangan roket setiap
minit
Sehingga semalam, lebih 200 serangan jarak jauh sudah
dilakukan oleh Zionis ke Gaza. Mengikut laporan siaran langsung
Al-Jazeera, sebanyak 38 serangan roket dibuat bermula jam 12.30 malam hingga
3.30 petang (waktu tempatan) jumlah itu berkurangan berbanding hari kedua dengan
53 serangan roket dilancarkan dalam tempoh 24 jam dan 54 serangan roket pada
Isnin lalu. Media sama turut melaporkan, penduduk bertempiaran lari
menyelamatkan diri setiap kali terdengar siren pelancaran roket. Penduduk
tempatan, Muhammad Ali, 56, berkata, setiap kali terdengar bunyi siren mereka
sekeluarga berpegangan tangan dan hanya menanti di manakah roket itu akan
mendarat. “Hidup kami terseksa sejak tiga hari lalu. Terdengar sahaja
bunyi siren, saya akan dengar ramai jiran dan rakan-rakan berteriak Allahu
Akbar! dan Syahid! Kanak-kanak pula akan menangis dan menjerit. Golongan ibu
akan memeluk erat anak mereka. Saya tidak tahu sampai bila kami harus terus
hidup sebegini,” katanya. Baginya, Ramadan ini adalah ujian paling getir
berbanding situasi sama yang pernah dialaminya ketika Intifada Pertama 27 tahun
lalu.
PBB kutuk serangan
Awal pagi kelmarin,
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon memberikan
taklimat kecemasan kepada Majlis Keselamatan PBB bagi membincangkan situasi
tidak menentu di wilayah Gaza. “Nyawa Gaza umpama pisau di hujung tanduk.
Saya secara peribadi mengutuk keras serangan roket dilancarkan Israel. Serangan
tidak boleh diterima dan mesti dihentikan segera. Saya menggesa Perdana Menteri
Netanyahu untuk melakukan pengendalian maksimum dan menghormati hak asasi
antarabangsa untuk melindungi orang awam, “ katanya. Menurutnya, kini
adalah masa tepat untuk pemimpin keanggotaan memainkan peranan dan menggunakan
kuasa yang ada untuk menghentikan tindakan kejam Zionis. “Saya menggesa
Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi untuk membantu memudahkan proses gencatan
senjata seperti yang pernah dilakukan pada November 2012. Gaza dan negara
serantau secara keseluruhan sudah tidak mampu untuk menghadapi perang
besar-besaran,” katanya.
Intifada ketiga?
Jika benar dakwaan Netanyahu
untuk mengerakkan 40,000 askarnya, maka tidak mustahil Intifada ketiga akan
berlaku jika tiada pihak tampil menawarkan usaha untuk gencatan
senjata.Mengimbau episod luka pada November 2012 ketika perang lapan
hari yang mengorbankan 164 nyawa, serangan itu dihentikan hasil usaha bekas
Presiden Mesir Mohammad Mursi yang ketika itu menjadi orang tengah antara
Palestin dan Israel. Kini, serangan udara sudah dilakukan, serangan laut
dan darat sedang siap sedia dan tidak mustahil akan berlaku peperangan besar
jika negara dunia terus berdiam diri.Adakah permintaan PBB untuk meminta
bantuan Al-Sisi bakal membuahkan kejayaan? Semalam sahaja, beliau mengarahkan 19
terowong di sempadan Mesir-Gaza dimusnahkan. Oleh itu, adakah Al-Sisi boleh
bertindak seperti Mursi? - Sinar Harian.
Israel Umum Gempuran Paling Kuat
14 Julai 14 - GAZA - PALESTIN. Israel mengumumkan akan melakukan serangan darat bermula
dari arah utara Genting Gaza dengan ‘gempuran paling kuat’ pada bila-bila masa
bermula malam tadi. Jurucakap ketua tentera Israel, Brigedier Jeneral
Motti Almoz berkata, persiapan akhir sudah dilakukan termasuk meletakkan kereta
kebal di sepanjang perairan Palestin bagi mengelakkan ada campur tangan luar
mahupun memberi ruang kepada pejuang Palestin meninggalkan kawasan
mereka. “Kami akan menyerang dengan sepenuh daya dalam tempoh 24 jam akan
datang. Ia dilakukan susulan peningkatan serangan Hamas terhadap kawasan kami,”
katanya dalam laporan Al Arabiya. Bagi mempersiapkan serangan itu,
difahamkan Israel mengarahkan penduduk Palestin mengosongkan rumah masing-masing
dan mencari tempat perlindungan selamat. Bagaimanapun Kementerian Dalam
Negeri Gaza berkata, amaran itu sekadar perang psikologi bagi menakutkan
penduduk. “Kami gesa penduduk di utara abaikan arahan Israel. Pengumuman
itu adalah usaha Zionis untuk mewujudkan kekeliruan di kalangan penduduk,”
katanya. - Sinar Harian.
Gaza Kurang Ubat
14 Julai 14 - GAZA - PALESTIN. Serangan selama enam hari di Genting Gaza mengakibatkan
hospital di bandar itu menghadapi kekurangan bekalan perubatan. Pengarah
hospital Al-Wafa, Basman al-Ashi berkata, pusat penyimpanan perubatan dan
hospital di Hospital Al-Shifa tidak dapat lagi menampung keperluan
perubatan. “Kebanyakan kematian berlaku disebabkan kekurangan peralatan
perubatan dan mesin sokongan hidup. Kami telah menggunakan semua simpanan ubat
dan merancang untuk membeli ubat-ubatan dari luar jika serangan berlanjutan
hingga seminggu lagi,” katanya dalam laporan Press Tv. Menurutnya, jika
perang berterusan hospitalnya terpaksa menggunakan rizab sendiri bagi membeli
keperluan perubatan yang sangat diperlukan. - Sinar Harian.
Israel Serang Gaza
8 Julai 14 - TEBING BARAT - PALESTIN. Sekurang-kurangnya sembilan pejuang Palestin
terbunuh selepas Israel melancarkan serangan udara di tengah dan selatan
Semenanjung Gaza, tengah malam semalam. Menurut Al Jazeera, Rejim Zionis
menyasarkan tapak milik Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas yang menguasai
kawasan Genting Gaza di sekitar kawasan tinggalan lapangan terbang di luar
bandar Rafah, berhampiran sempadan Israel. Dua pejuang dari pasukan Al
Hussinin, kumpulan tentera milik Fatah maut ketika serangan menyasarkan kem
pelarian Bureij di tengah Gaza, manakala tujuh pejuang dari pasukan Al Qassam,
sayap bersenjata Hamas terbunuh apabila serangan udara melanda terowong Rafah,
di selatan Gaza. Difahamkan, serangan tercetus selepas pembunuhan remaja
berumur 16 tahun, Mohammed Abu Khdeir pada 2 Julai lalu yang menyebabkan
pertempuran selama empat hari di Baitulmuqaddis dan puluhan bandar di
Israel.
Siapa Abu Bakr Al Baghdadi
7 Julai 14 - ABU Bakr al-Baghdadi kini dilantik sebagai Pemimpin Khalifah
di Negara Islam oleh Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) juga dikenali
Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Pada 29 Jun lalu, kumpulan
ini mengisytiharkan kewujudan semula Kerajaan Khalifah selepas ia dimansuhkan
sejak kewujudan Empayar Uthmaniyyah pada 1924. Siapakah Abu Bakr sehingga
beliau layak digelar dilantik sebagai ketua kumpulan itu?
Latar
belakang
Nama sebenar Abu Bakr ialah Ibrahim Awwad Ibrahim Ali
al-Badri. Beliau juga dikenali sebagai Dr Ibrahim atau Abu
Dua. Identitinya terjawab selepas beliau membuat ucapan sulungnya
semalam. Tindakan itu dilihat sama seperti pernah dilakukan Osama Laden atau
penggantinya, Ayman al-Zawahiri. Menurut catatan biografi ditulis
pengikutnya, Abu Bakr adalah bekas guru dan ulama ternama. Beliau adalah graduan
dari Universiti Islam Baghdad dan berkelulusan Doktor Falsafah (Pendidikan) dan
arif tentang kebudayaan Islam, Ilmu Syariah dan Fiqah. Abu Bakr yang
fasih berpidato adalah keturunan bangsawan yang mempunyai hubungan luas dan
pengaruh kuat di Diyala dan Samarra serta tokoh ternama dari penjihad
Salafi. Bapanya, Syaikh Awwad adalah pemimpin disegani dalam suku mereka iaitu
Al-Bu’Badri. Datuk Abu Bakr bernama Ibrahim Ali al-Badri pula terkenal dengan
sikap pemurah.
Kepakaran Abu Bakr mempunyai kepakaran dalam ketenteraan
terutamanya ketika menentang Amerika Syarikat (AS) selepas kematian Presiden
Saddam Hussein pada 2003. Sepanjang konflik itu, beliau beberapa kali
ditahan dan dibebaskan. Keghairahan beliau berjuang dikatakan memuncak ketika
ditahan di Kem Bucca milik AS di Iraq pada 2007. Ketika dibebaskan pada
2009, Abu Bakr pernah memberi amaran kepada AS dengan kenyataan: ‘Saya akan
berjumpa anda semua di New York’ dan kenyataan itu membimbangkan AS hingga
melabelkan beliau sebagai pengganas paling dikehendaki. Selepas
dibebaskan, beliau bersama beberapa pengikutnya menubuhkan kumpulan Jama’ah
Jaisy iaitu gerakan yang aktif di wilayah Diyala, Samarra dan Baghdad dengan
beliau dilantik sebagai ketua. Kumpulan itu kemudiannya bergabung dengan Majlis Syura Mujahidin yang sudah
terwujud sejak Januari 2006. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua
Kabinet Syariah serta Ketua Majlis Syura Negara Islam Iraq. Bagaimanapun
Ketua Kumpulan Syura Mujahidin ketika itu diketuai Abu Omar Al-Baghdadi
Al-Husseini Al-Quraysyi (Hamid Al-Zawi).
Abu Bakr sertai ISIL,
ISIS
Pada 13 Oktober 2006, Majlis Syura Negara Islam Iraq
bergabung dengan empat lagi kumpulan dan menamakan kumpulan itu sebagai Kumpulan
Negara Islam Iraq (ISI) sebagai pengganti Al-Qaeda. Empat tahun kemudian,
selepas Abu Omar dibunuh AS, Abu Bakr mengisytiharkan revolusi Syria bagi
membolehkan Abu Bakr mengembangkan sayap kumpulannya. Pada akhir 2011,
Washington secara rasmi melabelkan Abu Bakr sebagai pengganas dan menawarkan
AS$10 juta (RM32 juta) bagi sesiapa yang dapat menangkapnya. Abu Bakr
kemudiannya menghantar Abu Mohammed al-Golani untuk mewujudkan Nusra Front bagi
melawan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Abu Bakr dan Ayman
al-Zawahiri
Kejayaan Nusra Front merekrut ramai ahli memberi
keyakinan kepada Abu Bakr untuk bergerak merentasi sempadan. Selepas
pakatan gabungan dibentuk kumpulan itu mengelarkan mereka sebagai Kumpulan
Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Bagaimanapun, penggabungan itu
dianggap tidak sah kerana melanggar dekri Ayman al-Zawahiri (pengganti Osama
Laden) dan Abu Bakr harus kembali ke Iraq. Dalam temu bual di radio, Abu
Bakr berkata, “Saya perlu memilih antara undang-undang ALLAH SWT dan
undang-undang Al-Zawahiri, dan saya memilih undang-undang ALLAH
SWT.” Sejak dari itu, hubungan ISIS dan Al-Qaeda panas dan pada Februari
2014, Al-Qaeda mengeluarkan kenyataan kumpulan mereka tidak mempunyai kaitan
dengan ISIS.
Pengaruh Abu Bakr di Syria
Pengaruh beliau amat kuat
apabila dapat melebarkan pengaruh dan suaranya didengar oleh ahli dari peringkat
akar umbi. Di bandar utara Raqqa, Syria, ISIS mengawal sepenuhnya bandar
itu dengan menguatkuasakan undang-undang hudud. Keghairahan untuk
menguasai beberapa bandar di Syria memadamkan sifat sebenar beliau sebagai ahli
akademik seperti sebelum ini. Ketika mahu menakluki beberapa bandar di
Syria banyak nyawa terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak. Namun siapa yang
perlu dipersalahkan? ISIS iaitu kumpulan yang pada asalnya dari Iraq atau
tentera Bashar yang mahu melindungi negaranya dari dirampas?.Seseorang
pegawai penyiasat di Iraq memberitahu, sebilangan pemimpin organisasi dan bekas
pemimpin hanpir tidak mengenali beliau kerana beliau kini memakai penutup
muka.
Pengaruh Abu Bakr di Iraq dan potensi ke
Asia
Satu pencapaian besar bagi ISIS adalah pada Jun lalu di
mana kumpulan terbabit dapat menawan bandar kedua terbesar Iraq iaitu Mosul dan
beberapa bandar kecil di utara negara itu.Tindakan terbabit mengundang
kejutan terhadap kerajaan Perdana Menteri Iraq Nouri al-Maliki dan masyarakat
antarabangsa.Oleh kerana tentera Nouri dan Assad mempunyai matlamat sama
iaitu mahu menghapuskan ISIS maka ramai penganalisis berpendapat kumpulan itu
mempunyai lebih berkuasa berbanding Al-Qaeda.Pakar Keselamatan Timur
Tengah Paul Sullivan dari Universiti Georgetown berpendapat, ISIS boleh mencapai
kejayaan dengan perjuangan mereka.“ISIS semakin berpengaruh dan sukar
untuk mengawal ahli-ahli mereka. Kumpulan ini berkembang dengan cepat termasuk
di beberapa negara di Asia. Mereka bukan golongan yang mudah untuk berbincang,”
katanya. - Sinar Harian
6769 Banduan Kes Berulang
11 Jun 14 - KUALA LUMPUR - Kerajaan memandang serius kes kemasukan berulang atau
residivis dalam kalangan banduan yang dipenjara. Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, statistik Jabatan Penjara Malaysia
bagi tahun lalu menunjukkan 6,769 banduan kes berulang. "Daripada jumlah
tersebut, seramai 5,553 banduan merupakan banduan kes jenayah manakala 1,216
banduan kes berkaitan dadah. "Tempoh hukuman penjara bagi
kesalahan-kesalahan tersebut bermula dari hukuman singkat ( bawah enam bulan)
sehinggalah kepada hukuman seumur hidup (30 tahun)," katanya yang menjawab
soalan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa, hari ini. Er Teck Hwa meminta
kementerian menyatakan jumlah banduan yang ditahan di penjara bagi kesalahan
kali pertama, kedua, ketiga dan keempat mengikut pecahan jenis kes jenayah dan
hukuman. Menurut Ahmad Zahid, Jabatan Penjara Malaysia sentiasa
menambahbaik program pemulihan supaya banduan tidak kembali melakukan jenayah
selepas dibebaskan.
"Kementerian memandang serius kes kemasukan berulang
kes kemasukan berulang di kalangan banduan dan telah menetapkan kadar residivis
sebagai tanda aras prestasi kementerian. "Untuk makluman, kadar residivis
bagi tahun 2013 ialah 7.61 peratus iaitu masih di bawah kadar residivis yang
telah ditetapkan oleh kementerian iaitu 9 peratus," katanya. - Sinar Harian
'Imam Myanmar' Dipenjara Kerana Hal Remeh
16 Julai 14 - KUCHING - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan
berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementeriannya, Ketua Pengarah Imigresen dan
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara berhubung tawaran menjadikan Muhammad
Jamaluddin sebagai anak angkat. Beliau berkata, perbincangan dengan
ketiga-tiga pihak adalah berkaitan proses perundangan dan dokumentasi yang
diperlukan untuk menjadikan remaja itu anak angkat. Muhammad, 16 yang
kini menjalani hukuman penjara di Penjara Machang, Kelantan menarik perhatian
ramai di laman media sosial kerana kebolehannya menghafaz al-Quran dan menjadi
imam di penjara itu. "Ada beberapa tawaran juga untuk mengambil beliau
(Muhammad) sebagai anak angkat, tetapi elok saya berbincang bagaimana supaya
proses legalisasi dokumentasi dapat dijalankan terlebih dahulu sebelum mengambil
sebagai anak angkat," katanya. Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang
akhbar selepas berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama warga kementerian di
Masjid Al-Mujahiddin Kompleks Perumahan Polis, Tabuan Jaya di sini hari
ini. Bagaimanapun, beliau menegaskan beliau tidak akan mencampuri urusan
mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara ke atas Muhammad
kerana kesalahan berada di Malaysia melebihi tempoh. "Urusan menghukum
ini adalah urusan mahkamah, maka saya tidak boleh menghina mahkamah dengan
mengenepikan apa yang diputuskan" katanya. Muhammad pada mulanya disangka
seorang remaja Rohingya, namun hasil siasatan mendapati ibu remaja itu merupakan
warganegara Thailand manakala bapanya dari Kemboja. Ahmad Zahid
mengarahkan Ketua Setiausaha kementeriannya Datuk Mohamad Khalid Shariff dan
Ketua Pengarah Imigresen Aloyah Mamat ke penjara itu untuk mendapatkan maklumat
lanjut mengenai kebolehan Muhammad yang menarik minat pengikut laman media
sosial. - Bernama.
Wednesday, July 9, 2014
Niat Murtadkan Teman Wanita
10 Julai 14 - Georgetown - Bercinta dengan wanita Islam membuatkan lelaki yang pernah bergelar seorang pendakwah agama cuba memurtadkan teman wanitanya itu pada awalnya. Azley Stanley berkata, ketika itu usianya baru saja mencecah 23 tahun dan sudah berniat untuk mengahwini wanita berkenaan. “Saya tinggal di perkampungan orang Melayu dan amat sukakan cara hidup mereka, sehinggakan saya sendiri bercadang untuk memilih isteri dari kalangan orang Melayu,” katanya. Aktif menyebarkan agamanya sendiri menyebabkan Azley membenci Islam dan salah satu puncanya apabila melihat ramai umat Islam yang tidak melaksanakan tuntutan agama mereka sendiri. “Sampai saya terfikir, kenapa mereka tidak ke masjid dan ada antara kawan yang tidak bersembahyang dan sebagainya, sehingga saya melihat diri saya sebenarnya lebih baik kerana setiap minggu akan mengunjungi rumah ibadat, maksudnya saya lebih baik dan dari situ
saya membenci Islam. "Disebabkan itu jugalah setelah berkenalan dengan teman wanita menyebabkan saya berniat untuk memurtadkannya,” katanya. Terlalu cinta teman wanita Namun wanita yang dikenali dengan nama Nor Azizah itu lebih bijak dan berfikir panjang. Dia yang kini sudah pun bergelar isteri kepada Azley mengakui mengetahui niat Azley untuk menariknya ke dalam agama lain ketika awal perkenalan. “Disebabkan cinta kami bertahan, Azley pada awalnya sudah memberitahu kepada saya niatnya untuk mengahwini saya di rumah ibadatnya, tetapi saya kemudiannya dengan perlahan memberitahunya.
“Jika ingin berkahwin dengan cara itu, apa kata kahwin dulu dengan cara Islam, tapi sebelum berkahwin cara Islam kena belajar mengenai Islam, kalau tidak malu nanti kena tanya dengan tok kadi dan tak tahu jawab,” katanya. Disebabkan terlalu mencintai Nor Azizah, Azley mengakui terpaksa juga ke Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) bertemu Ustaz Yusuf untuk belajar selok-belok Islam. Dia mengakui datang bertemu dengan ustaz berkenaan dengan ego yang begitu tinggi kerana beranggapan dirinya lebih baik. Islam tidak hina Isa Azley berkata, dia sendiri bersoal jawab dengan ustaz berkenaan dan menganggap soalannya antara yang terbaik bagi melawan kata-kata ustaz berkenaan. Namun sangkaannya meleset, segala jawapan yang diberikan menyentuh jiwanya perlahan-lahan. “Antara yang diberitahu Ustaz Yusuf ialah Islam percaya dengan Nabi Isa, dan itu membuatkan saya terkedu, sedangkan ketika mendengar ceramah agama saya satu ketika dahulu, mereka menghina Nabi Muhammad. “Tetapi Islam tidak pernah menghina Isa, malah menceritakan kehebatan Nabi Isa, saya begitu kagum, dan pada masa itulah saya terfikir, apa beza saya sekarang, sama sahaja. “Pada saat itu juga saya terfikir jika saya putus dengan agama saya sekalipun dan masuk Islam, hubungan saya dengan Isa tidak akan putus, kemudiannya dengan kuasa ALLAH selepas tiga hari menghadiri kelas agama, saya mengucapkan dua kalimah syahadah di Masjid USM,” katanya.
Tidak tanggal rantai
Ceritanya bukan berakhir di situ saja, Azley berkata, terdapat kenangan yang begitu menjadikannya emosional. “Saat saya pergi mengucapkan dua kalimah syahadah di dalam masjid, pada masa itu saya masih tidak menanggalkan rantai lambang agama yang saya pakai, tetapi Ustaz Yusuf langsung tidak melarang dan hanya memerhatikan saya. “Sehinggalah saya pulang ke rumah dan berfikir dan membuat keputusan sendiri tanpa dipaksa, akhirnya sehingga kini Islamlah pegangan saya,” katanya. Walaupun ibu dan ayahnya menjauhi dirinya buat seketika, namun lama kelamaan mereka memahami kepercayaan baru yang dianutinya. Azley bertuah apabila ayahnya sendiri membelikannya sejadah dan menyediakan ruang solat di rumahnya untuk memudahkan Azley bersolat. Tetapi tiada yang lebih bertuah apabila kedua ibu-bapanya itu turut memeluk Islam pada 2011, namun ALLAH lebih menyayangi mereka dan kedua-duanya meninggal pada 2012 namun pada bulan yang berbeza. Di akhir katanya, Azley mengakui dia memilih jalan yang paling benar dan bersyukur apabila melihat anaknya kini dilahirkan sebagai Islam. “Cuma apa yang saya bimbangkan adalah adakah Islam mereka sekadar nama dan benar-benar kukuh, jadi itulah tanggungjawab saya dan isteri untuk mendidik anak memahami agama yang mereka anuti,” katanya - Sinar Harian -
Monday, July 7, 2014
Ayat Al Quran Hilang
8 Julai 14 - Tumpat - Warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, di sini, menerima kejutan apabila mendapati beberapa ayat suci hilang daripada al-Quran milik surau di institusi pengajian peringkat menengah itu.Imam solat terawih di surau MRSM Tumpat, Mohamad Deraman berkata, dua muka surat al-Quran terbabit yang didapati hilang adalah surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah. Menurutnya, ketika meneliti al-Quran bersaiz 4x8 inci itu, dia mendapati ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah hilang manakala pada surah Al-Baqarah pula, ayat 1 hingga 4 didapati hilang. "Pada surah Al-Fatihah, yang tinggal hanya kalimah ALLAH dan bunga-bunga akhir ayat. Pada surah Al-Baqarah pula, tinggal hanya perkataan ALLAH dan Robbihin, iaitu nama-nama ALLAH. "Saya harap perkara ini tidak disalah tafsir, sebaliknya diambil sebagai peringatan oleh seluruh umat Islam agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran," katanya. Kejadian itu turut disedari oleh salah seorang pelajar MRSM Tumpat ketika ingin membaca al-Quran itu pada hari ketiga Ramadan. Al-Quran berusia lebih 10 tahun itu diserahkan kepada Mohamad yang merupakan bekas imam Masjid As-Somadi, Geting, dekat sini dan disimpan di rumahnya di Kampung Neting. Kata Mohamad, ini kali kedua dia melihat kejadian ayat al-Quran hilang kerana kejadian sama pernah dilalui ketika belajar di Pondok Pasir Tumboh pada 1998. - Sinar Harian -
Suami Bakar Isteri
7 Julai 14 - Kangar - Pada masa mereka sepatutnya menikmati hidup bahagia berbulan madu, sepasang suami isteri yang baharu seminggu berkahwin sebaliknya sering bertengkar. Puncanya kerana si suami dikatakan cemburu melampau lantaran mengesyaki isterinya main kayu tiga dengan lelaki lain. Pagi semalam, perasaan cemburu itu dipercayai tidak terkawal lagi hingga dia dikatakan bertindak melampaui batas cuba membakar wanita itu. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, kejadian berlaku di rumah keluarga lelaki itu di Kampung Abi, Padang Machang di sini, kira-kira jam 9.30 pagi semalam. “Pada masa kejadian, seorang jiran mendengar pasangan itu bergaduh besar sebelum bertindak masuk ke dalam rumah berkenaan kerana risau berlaku perkara tidak baik. Dia terkejut apabila melihat suami isteri itu terbakar di dalam bilik air rumah berkenaan,” katanya. Abdul Rahman berkata, berdasarkan siasatan awal , suspek yang juga seorang penganggur berusia 23 tahun itu, dipercayai menyimbah petrol ke badan isterinya sebelum bertindak mencucuh dengan menggunakan pemetik api. “Namun api turut menyambar kaki dan tangannya mengakibatkan dia sendiri turut mengalami kesan terbakar kira-kira 20 peratus," katanya. Menurut Abdul Rahman, mangsa pula mengalami kecederaan akibat terbakar kira-kira 85 peratus berikutan api menyambar bajunya menyebabkan bahagian pinggang dan kakinya terbakar. Katanya, beberapa jiran menolong memadamkan kebakaran sementara menunggu kedatangan bomba dan penyelamat. “Mangsa dihantar ke Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan rapi sementara suspek masih berada di Hospital Tuanku Fauziah dan akan direman untuk membantu siasatan. “Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya. Dalam pada itu, keluarga mangsa sepatutnya mengadakan majlis kenduri kesyukuran semalam bagi menyambut ulang tahun kelahiran wanita tersebut. Nenek mertua mangsa berusia 70-an berkata, mereka sekeluarga sepatutnya mengadakan kenduri kesyukuran sempena hari lahir mangsa yang ke 23 semalam. Bagaimanapun, mereka sekeluarga dikejutkan dengan kejadian berkenaan. Menceritakan semula kejadian, ketika itu, dia baru pulang dari pasar sebelum terdengar jeritan orang meminta tolong dari dalam bilik. “Saya kemudian masuk ke dalam rumah dan melihat badan mangsa sedang terbakar.
“Cucu saya yang cuba memadamkan api itu juga mengalami kecederaan, sebelum membantu mangsa dengan mengambil air dan mencurahkannya ke badan mangsa,” katanya dalam nada sedih. - Sinar Harian -
Solat 2 Imam Serentak Di Masjid
8 Jul 14 - Rantau Panjang – Ramadan yang mulia dicemari dengan insiden di mana berlaku solat membabitkan dua imam serentak di Masjid Pondok Banggol Stol, Meranti semalam. Kejadian sejak 3 Julai lalu, menyebabkan jemaah terbahagi kepada dua kumpulan dan ia berlaku ketika solat fardu dan tarawih. Kebiasaannya kes seumpama ini dikaitkan dengan fahaman politik tetapi lain pula yang berlaku di kampung ini, kerana kedua-dua pihak mendakwa ia berpunca daripada berbezaan fahaman agama Islam. Perselisihan ini membawa kepada percanggahan pendapat seterusnya perebutan saf hadapan di dalam masjid ketika menunaikan solat. Tinjauan mendapati, perpecahan itu bukan sahaja melibatkan jemaah lelaki, malah golongan wanita yang turut terbahagi kepada dua kumpulan dan dibezakan dengan pengadang.
Bagi kumpulan pertama ia diketuai oleh seorang imam dan hampir 30 jemaah menunaikan solat di saf hadapan manakala kumpulan kedua, imam lain menunaikan solat bersama hampir 50 hingga 100 jemaah lain di belakang saf pertama.
Pengakuan kumpulan satu
Pemilik tapak masjid berkenaan, Ustaz Yahya Zakaria berkata, selepas melanjutkan pelajaran di Mesir, dia pulang ke kampung ini dengan harapan dapat menyambung perjuangan bapa (Tok Guru Zakaria) sebelum ini.Menurutnya, ketika itu tiada masalah berlaku sehinggalah pada tahun 2010 apabila penduduk tidak berpuas hati dia menjemput para ulama dari dalam dan luar negara ke kampung ini. “Mungkin mereka tidak berpuas hati kerana kami tidak mengajak mereka bersama menganjurkan majlis meriah seumpama itu. “Bagi saya, saya amat berbangga apabila ramai para ulama seluruh dunia berkumpul di kampung ini namun tidak pada penduduk, apabila terus menerus melempar fitnah kepada saya,” katanya. Beliau yang juga guru di sekolah dekat sini berkata, tiada sebarang perbezaan dilakukan dalam berdakwah mengikut Tarekat Tarjani. Menurutnya, selawat dan solatmengikut ajaran Islam yang sebenar tiada sebarang tokok tambah. Namun katanya, penduduk tidak yakin sehingga sanggup membuat saf baharu meskipun saya bersiap mahu menunaikan solat di masjid ini. “Saya paling kecewa pada 2012 lalu, apabila mereka melarang saya menunaikan solat di dalam masjid yang dibina arwah bapa saya biarpun tanah ini sudah pun diwarisi kepada kami tiga beradik,” katanya. Menurutnya, tindakan penduduk kampung diibaratkan menidakkan hak mereka seterusnya sengaja menimbulkan huru-hara. Disebabkan katanya, dia memfailkan saman di Mahkamah Tinggi agar tidak membenarkan penduduk menjejakkan kaki ke dalam masjid ini pada 12 Disember tahun lalu.
Kumpulan kedua beri penjelasan
Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Nor Razali berkata, kejadian ini bermula pada 2010 lalu namun mula memuncak pada 2011 sehingga 2012 lalu. Ketika itu katanya, penduduk dipelawa mengikut ajaran tarekat berkenaan namun kebanyakannya tidak yakin seterusnya tidak mengikut saranan yang dibawa oleh Ustaz Yahya Zakaria. Beberapa lama selepas itu, Mohd Nor mendakwa Ustaz Yahya membuat perintah mahkamah agar tidak mmbenarkan 13 penduduk menunaikan solat di masjid ini bermula akhir tahun lalu. Memandangkan masjid ini dibina di atas tanah hak milik tiga anak Allahyarham Tok Guru Zakaria, maka penduduk dilarang menjejakkan kaki di pekarangan masjid kerana didakwa boleh mencetuskan perselisihan. Namun pada 1 Julai lalu, mahkamah membenarkan penduduk menunaikan solat terawih sepanjang Ramadan tahun ini. Menurutnya, jemaah dari kumpulan Ustaz Yahya juga tidak menghalang penduduk memasuki masjid namun keengganan berganjak dari saf depan menyebabkan kejadian solat dua imam serentak. Katanya, penduduk sukar tunaikan solat Maghrib selepas majlis berbuka puasa kerana kumpulan pertama enggan berganjak dari saf hadapan. Maka katanya, jemaah terpaksa membuat saf baharu, satu saf di belakang kumpulan pertama untuk solat Maghrib, Isyak dan solat tarawih. “Mereka hanya duduk di hadapan saf tanpa tunai solat terlebih dahulu dan mendakwa sedang berselawat. “Disebabkan waktu Isyak semakin menghampiri, maka kami terpaksa menunaikan solat di belakang saf mereka, tanpa menunggu mereka selesai berselawat,” katanya. Keadaan ini katanya, turut berpanjangan sehingga ke solat tarawih membabitkan jemaah yang sama, mengikut dua imam berlainan. Sementara itu, penduduk, Ismail Awang, 75, berkata, di masjid seramai 500 jemaah dapat menunaikan solat dalam satu-satu masa. Namun katanya, insiden ini menyebabkan ramai tidak dapat menunaikan solat sekali gus menyukarkan penduduk untuk beribadah di bulan Ramadan. Sementara itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan menyiasat punca berlakunya insiden solat dua imam serentak di masjid berkenaan. Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Ir Yusoff Ismail berkata, sebelum ini pihaknya tidak terima selaporan berhubung kejadian ini. Namun katanya, Maik akan hantar pegawai untuk mengetahui masalah yang berlaku membabitkan dua pihak terbabit seterusnya mencari jalan penyelesaian kes berkenaan. “Insiden ini tidak sepatutnya berlaku terutama ketika bulan Ramadan malah berlaku di dalam rumah ALLAH,"katanya. - Sinar Harian -
Bagi kumpulan pertama ia diketuai oleh seorang imam dan hampir 30 jemaah menunaikan solat di saf hadapan manakala kumpulan kedua, imam lain menunaikan solat bersama hampir 50 hingga 100 jemaah lain di belakang saf pertama.
Pengakuan kumpulan satu
Pemilik tapak masjid berkenaan, Ustaz Yahya Zakaria berkata, selepas melanjutkan pelajaran di Mesir, dia pulang ke kampung ini dengan harapan dapat menyambung perjuangan bapa (Tok Guru Zakaria) sebelum ini.Menurutnya, ketika itu tiada masalah berlaku sehinggalah pada tahun 2010 apabila penduduk tidak berpuas hati dia menjemput para ulama dari dalam dan luar negara ke kampung ini. “Mungkin mereka tidak berpuas hati kerana kami tidak mengajak mereka bersama menganjurkan majlis meriah seumpama itu. “Bagi saya, saya amat berbangga apabila ramai para ulama seluruh dunia berkumpul di kampung ini namun tidak pada penduduk, apabila terus menerus melempar fitnah kepada saya,” katanya. Beliau yang juga guru di sekolah dekat sini berkata, tiada sebarang perbezaan dilakukan dalam berdakwah mengikut Tarekat Tarjani. Menurutnya, selawat dan solatmengikut ajaran Islam yang sebenar tiada sebarang tokok tambah. Namun katanya, penduduk tidak yakin sehingga sanggup membuat saf baharu meskipun saya bersiap mahu menunaikan solat di masjid ini. “Saya paling kecewa pada 2012 lalu, apabila mereka melarang saya menunaikan solat di dalam masjid yang dibina arwah bapa saya biarpun tanah ini sudah pun diwarisi kepada kami tiga beradik,” katanya. Menurutnya, tindakan penduduk kampung diibaratkan menidakkan hak mereka seterusnya sengaja menimbulkan huru-hara. Disebabkan katanya, dia memfailkan saman di Mahkamah Tinggi agar tidak membenarkan penduduk menjejakkan kaki ke dalam masjid ini pada 12 Disember tahun lalu.
Kumpulan kedua beri penjelasan
Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Nor Razali berkata, kejadian ini bermula pada 2010 lalu namun mula memuncak pada 2011 sehingga 2012 lalu. Ketika itu katanya, penduduk dipelawa mengikut ajaran tarekat berkenaan namun kebanyakannya tidak yakin seterusnya tidak mengikut saranan yang dibawa oleh Ustaz Yahya Zakaria. Beberapa lama selepas itu, Mohd Nor mendakwa Ustaz Yahya membuat perintah mahkamah agar tidak mmbenarkan 13 penduduk menunaikan solat di masjid ini bermula akhir tahun lalu. Memandangkan masjid ini dibina di atas tanah hak milik tiga anak Allahyarham Tok Guru Zakaria, maka penduduk dilarang menjejakkan kaki di pekarangan masjid kerana didakwa boleh mencetuskan perselisihan. Namun pada 1 Julai lalu, mahkamah membenarkan penduduk menunaikan solat terawih sepanjang Ramadan tahun ini. Menurutnya, jemaah dari kumpulan Ustaz Yahya juga tidak menghalang penduduk memasuki masjid namun keengganan berganjak dari saf depan menyebabkan kejadian solat dua imam serentak. Katanya, penduduk sukar tunaikan solat Maghrib selepas majlis berbuka puasa kerana kumpulan pertama enggan berganjak dari saf hadapan. Maka katanya, jemaah terpaksa membuat saf baharu, satu saf di belakang kumpulan pertama untuk solat Maghrib, Isyak dan solat tarawih. “Mereka hanya duduk di hadapan saf tanpa tunai solat terlebih dahulu dan mendakwa sedang berselawat. “Disebabkan waktu Isyak semakin menghampiri, maka kami terpaksa menunaikan solat di belakang saf mereka, tanpa menunggu mereka selesai berselawat,” katanya. Keadaan ini katanya, turut berpanjangan sehingga ke solat tarawih membabitkan jemaah yang sama, mengikut dua imam berlainan. Sementara itu, penduduk, Ismail Awang, 75, berkata, di masjid seramai 500 jemaah dapat menunaikan solat dalam satu-satu masa. Namun katanya, insiden ini menyebabkan ramai tidak dapat menunaikan solat sekali gus menyukarkan penduduk untuk beribadah di bulan Ramadan. Sementara itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan menyiasat punca berlakunya insiden solat dua imam serentak di masjid berkenaan. Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Ir Yusoff Ismail berkata, sebelum ini pihaknya tidak terima selaporan berhubung kejadian ini. Namun katanya, Maik akan hantar pegawai untuk mengetahui masalah yang berlaku membabitkan dua pihak terbabit seterusnya mencari jalan penyelesaian kes berkenaan. “Insiden ini tidak sepatutnya berlaku terutama ketika bulan Ramadan malah berlaku di dalam rumah ALLAH,"katanya. - Sinar Harian -
Subscribe to:
Posts (Atom)


















